Category Archives: PIBG

MAJLIS MESYUARAT AGUNG KHAS PIBG TAHUN 2012

SABTU, 14 Januari 2012 – Majlis Mesyuarat Khas Agung PIBG  Tahun 2012 SMKDARY  telah diadakan di Dewan SMKDARY dan dihadiri hampir 300 orang ibu bapa. Majlis ini didadakan bagi membincangkan Bayaran Tambahan Prasekolahan anak-anak bagi tahun 2012. Segala kerjasama daripada ibu bapa dan guru-guru amalah dihargai.

Berikut adalah Senarai BAYARAN TAMBAHAN PRASEKOLAHAN TAHUN 2012  yang telah dipersetujui oleh ibu bapa dalam mesyuarat tersebut.

MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-42 & HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR TAHUN 2011

Khamis, 28 April – Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-42 & Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2011 SMKDARY  telah diadakan di Dewan SMKDARY dan dihadiri hampir 100 orang ibu bapa. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB En. Roslan b. Ahmad DUN Merlimau. Selain Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi pelajar cemerlang Tingkatan, PMR, SPM dan STPM, kali ini diwujudkan Anugerah Khas Profesor Datuk Dr. A. Hamid b. A. Hadi iaitu Ikon Ilmu SMKDARY. Sumbangan berbentuk wang tunai ini diberi kepada mana-mana pelajar SMKDARY yang cemerlang dan diberikan berterusan selama seumur hidup beliau.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 & HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2010

15 Mei 2010, Sabtu

Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010 telah berjaya diadakan pada 14 Mei 2010 yang lalu. Ia bertujuan untuk melantik AJK BARU bagi tahun 2010. Setelah mesyuarat dijalankan, pihak AJK telah bersetuju untuk terus mengekalkan En. Mohidin Bin Abu sebagai Pengerusi PIBG SMKDARY tahun 2010. Tahniah diucapkan kepada beliau. Semoga beliau dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010 pula telah dirasmikan oleh  YB Datuk Wira Hj. Ahmad B. Hj. Hamzah, Ahli Parlimen Jasin. Anugerah ini diadakan bagi meraikan kejayaan pelajar SMKDARY yang telah berjaya dalam bidang Akademik & Kokurikulum dan kepada Panitia yang telah berjaya meningkatkan pencapaian keputusan PMR, SPM dan STPM dalam bidang masing-masing.