MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 & HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2010


15 Mei 2010, Sabtu

Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010 telah berjaya diadakan pada 14 Mei 2010 yang lalu. Ia bertujuan untuk melantik AJK BARU bagi tahun 2010. Setelah mesyuarat dijalankan, pihak AJK telah bersetuju untuk terus mengekalkan En. Mohidin Bin Abu sebagai Pengerusi PIBG SMKDARY tahun 2010. Tahniah diucapkan kepada beliau. Semoga beliau dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010 pula telah dirasmikan oleh  YB Datuk Wira Hj. Ahmad B. Hj. Hamzah, Ahli Parlimen Jasin. Anugerah ini diadakan bagi meraikan kejayaan pelajar SMKDARY yang telah berjaya dalam bidang Akademik & Kokurikulum dan kepada Panitia yang telah berjaya meningkatkan pencapaian keputusan PMR, SPM dan STPM dalam bidang masing-masing.

Posted on Mei 17, 2010, in PIBG. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. Assalamualaikum.

    Tuan Pengetua dan YDP PIBG yang dirahmati Allah. Amin.

    Terima kasih kepada pihak pentadbir dan PIBG SMKDARY menerima usul pada Mesyuarat Agong pada bulan Mei 2011 yang lalu berkenaan siaran televisen kepada anak-anak kita di ASPURA SMKDARY pada hari Sabtu dan Ahad. Semoga anak-anak kita di ASPURA mendapat info semasa global dunia.

    Terima kasih, wassalam.

    Hisham Othman.
    Kempas, 81200 Johor Bahru,
    Johor Darul Ta;zim.

  2. Assalamualaikum.

    Tuan Pengetua dan YDP PIBG SKMDARY yang dirahmati Allah. Amin.

    USUL / CADANGAN PEMAKAIAN VEST BIRU KEPADA PENGAWAS SMKDARY TAHUN 2012

    Tuan,

    1. Suka saya mencadangankan pemakaian vest biru kepada pengawas SMKDARY pada tahun 2012.

    2. Pemakaian uniform biru pada masa kini telah mula diperkenalkan pada tahun 1990 semasa saya menjadi Ketua Pengawas SDARY kini SMKDARY setelah mendapat restu dan kelulusan dari Pengetua Tuan Amat Bin Habsah dan guru disiplin Cikgu Minhat pada masa itu.

    3. Setelah 21 tahun saya melihat pemakaian uniform ini masih lagi sama. Saya berharap pemakaian vest biru ini adalah sebagai pakaian tambahan agar dapat menyerlahkan lagi keterampilan anak-anak pengawas kita dan identiti pengawas SMKDARY pada masyarakat umum amnya.

    4. Saya berkeyakinan berkat usaha PIBG yang proaktif usul / cadangan ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya dan dapat direalisasikan selewat-lewatnya pada penggal kedua persekolahan tahun 2012 nanti. InsyAllah. Amin.

    Terima kasih. Wassalam.

    Hisham Othman
    Kempas 81200, Johor Bahru,
    Johor Darul Ta’zim

  3. Hisham Bin Othman

    MESYUARAT KHAS PIBG

    Selamat mengadakan Mesyuarat Khas PIBG pada 14.01.2012 / Sabtu . Mohon maaf saya tidak dapat menghadirkan diri kerana kepentingan tugas rasmi jabatan di Johor Bahru pada esok pagi.

    Berkenaan bayaran atau kenaikan yuran PIBG 2012 SMKDARY yang dicadangkan saya secara peribadi menyokong usul dan keputusan tersebut.

    Didoakan selamat menjalankan mesyuarat tersebut. Amin. Wassalam.

    (Hisham Bin Othman @ Mohd)
    Taman Setia Tropika, Kempas ,
    Johor Bahru
    13.01.2012 / Jumaaat / 10.52 malam

  4. Hisham Bin Othman @ Mohd

    Assalamualaikum w.b.r.

    Puan Pengetua yang dirahmati Allah. Amin.

    YDP dan barisan PIBG 2012 yang dhormati.

    1. Apa aktiviti yang telah dijalankan oleh PIBG khususnya dari AJK ibubapa bagi tahun 2012? Ada apa-apa aktiviti yang telah dijalankan oleh PIBG khususnya dari ibubapa bagi mencari dana untuk menampung perbelanjaan PIBG?

    2. Apa biro-biro yang telah diwujudkan dalam PIBG SMKDARY 2012?

    3. Saya mencadangkan supaya nama-nama AJK PIBG, nombor telefon yang boleh dihubungi dan E-mel dipaparkan di dalam ruangan Blok SMKDARY pada tahun 2012.

    Terima kasih di atas respons yang akan diberikan. Wassalam.

    Hisham Bin Othman @ Mohd.
    Kempas, 81200 Johor Bahru,
    Johor Darul Ta;zim

Tinggalkan komen