LARIAN SERENTAK “1 MURID 1 SUKAN” 2011


02/07/2011, Sabtu – Larian yang diadakan serentak di seluruh negara Malaysia telah mendapat sambutan dalam kalangan warga SMKDARY. Larian yang bakal mencatat “Malaysian Book Of Record” bermula seawal 7.30 pagi yang disiarkan secara langsung menerusi  Portal Eduwebtv bertempat di Padang Esplanade, Taiping Perak. Di SMKDARY acara dimulakan dengan gimik penananam pokok “1M 1S” yang telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua Tuan Hj Omar bin Saban. Seterusnya diikuti dengan senamrobik bagi memanaskan badan dan larian serentak bermula dengan peserta lelaki diikuti peserta perempuan. Acara diteruskan dengan permainan “1M 1S” dan majlis berakhir pada jam 12.40.

Tahniah dan Syabas kepada warga SMKDARY yang menjayakan Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan.

This slideshow requires JavaScript.

About these ads