MINGGU TEKNIK & VOKASIONAL 2011


20-23 Jun 2011 – “Teknik & Vokasional Pencetus Minda Kreatif” merupakan tema bagi Minggu Teknik & Vokasional tahun 2011. Majlis perasmian Minggu Teknik & Vokasional telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua Tn Hj Omar bin Saban. Majlis perasmian dengan upacara gimik telah dikelolakan oleh Pn Junaidah bt Leman bersama pelajar yang mengambil mata pelajaran rekacipta. Minggu Teknik & Vokasional adalah di bawah penyeliaan Ketua Bidang Teknik & Vokasional iaitu Pn Siti Salwah binti Abd Aziz. Matlamat  program ini    diadakan bagi meningkatkan minat pelajar kepada mata pelajaran teknik dan vokasional dalam mencapai matlamat untuk melahirkan   pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran. Antara objektif program ini adalah bagi  mengalakkan pelajar mengamalkan ilmu yang telah dipelajari dalam    kehidupan       seharian disamping memberi peluang kepada pelajar merekacipta dan menggunakan daya kreativiti mereka. Sepanjang minggu tersebut pelbagai aktiviti telah dirancang untuk menarik perhatian dan minat pelajar bagi mendekati bidang teknik & vokasional. Antaranya pameran penghawa dingin, demo seni reka tanda, pertandingan kerabu, cari siapa saya, teka silangkata perakaunan dan pelbagai lagi program yang rata-ratanya mendapat sambutan dari kebanyakan pelajar.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan Minggu Teknik dan Vokasional 2011. Semoga usaha kalian mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa…

Posted on Jun 27, 2011, in Akademik. Bookmark the permalink. Ulasan Dimatikan pada MINGGU TEKNIK & VOKASIONAL 2011.

Komentar ditutup.