ANUGERAH SAHSIAH TERPUJI BULAN JUN 2011


1 Julai 2011- Tahniah diucapkan kepada dua orang pelajar perempuan kerana akan menerima Sijil Anugerah Sahsiah Terpuji Bulan Jun 2011 pada 3 Julai 2011 semasa perhimpunan rasmi. Pelajar berkenaan iaitu Syahidah bte Abu Bakar (5 IT 1) dan Siti Amirah bte Ab. Safar (5 IT 1). Sahsiah terpuji yang harus dicontohi pelajar SMKDARY ialah bersikap jujur, amanah dan menghormati hak orang lain. Pelajar berkenaan telah menjumpai wang dan menyerahkan kepada Unit HEM pada 29 Jun 2011 yang lalu. Unit HEM dan Badan Disiplin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka dan berharap sahsiah terpuji mereka akan menjadi ikutan warga pelajar SMKDARY pada masa akan datang.